Wednesday, 29 February 2012

Hiking at Bukit Panorama (sg.lembing) + waterfall

Olla :)

          Entri kali ni Miss Bubble nak berkongsi pengalaman mendaki. Minggu lepas, Miss Bubble dan rakan2 yang lain pergi mendaki di Bukit Panorama yang terletak di sg.lembing. Selepas subuh, kami terus memulakan pendakian kerana kalau terlambat sampai di puncak, mungkin kami tidak berpeluang untuk melihat sunrise. Pendakian diteruskan dengan menaiki tangga, stamina yang kuat amat diperlukan ketika menaiki tangga. Miss Bubble memang sangat penat, naik sikit berhenti jap, terlintas juga nak berhenti separuh jalan dan give up untuk naik. Tapi bila difikirkan bila lagi dapat peluang untuk berpeluh dan aktiviti bakar kalori macam ni, so Miss Bubble teruskan juga pendakian dan akhirnya tiba di puncak dengan kepenatan dan merah2 di muka :)


cantik kan sunrise lebih kurang 7 lebih pagi..




fuuhh,penatt !




dah sampai...




peace :)




pemandangan dari atas puncak...




Sunrise :)




Semua nak bergambar...




Jauh kelihatan sunrise...




Akhirnya kami di puncak Bukit Panorama !

         Walaupun penat tapi sangat seronok, bila berpeluh rasa puas hati. Paling mencabar bila nak turun sebab semua dah macam nenek jadi parkinson, lutut ketaq2 je kena turun tangga...Apapun, sangat best menjejak kaki di bukit panorama, sg. lembing, Pahang ! Selepas berpenat lelah, kitaorang terus menuju ke panching pula untuk bermandi manda di waterfall :)


btw: Pengalaman sukar dicari, jadi manfaatkanlah masa yang ada walaupun terpaksa berpenat lelah :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 28 February 2012

Facebook kau ke aku ?

Olla :)
woot-woot~ hangat ! Eh, tak adalah. Kat sini bukan nak cakap hangat ke tidak tapi persoalannya ialah facebook kau ke aku? Hah, mesti tak faham kan. Facebook ni mesti korang tahu apa benda kan, ala laman sosial sekarang majoriti orang ada akaun fb. Tapi, laman sosial macam ini tak semestinya kena guna nama betul or nama penuh. Some people dia suka guna nama betul dia sebab dia rasa nama dia lawa. Maybe la, tapi kalau cakap gitu tak semestinya orang yang tak pakai nama betul tu nama dia tak lawa. Fikir elok-elok sebelum bercakap, akaun fb tu sebenarnya siapa punya? So, kalau masing-masing dah ada akaun fb, jadi janganlah nak menyebuk kat orang lain yang nak guna nama apa kat fb. Orang yang tak pakai nama betul ni tentulah dia ada sebab, lagipun ini laman sosial. Sangat open dan public, walaupun kita tak approve orang yang kita tak suka ke apa, tapi mungkin orang yang berniat tak baik boleh search sesenang hati je kat fb.
          Kalau Miss Bubble pula memang tak pakai nama betul, kalau ada yang tanya kenapa kita senyum je dan cakap saja sesuka hati. Ini bukan bermakna kita tak appreciate parents kita bagi nama ke apa, tambahan ni page bukan official bagai sampai nak kena taruk nama penuh. Parent Miss Bubble pun selalu pesan tak payah nak hebah sangat nama penuh kita sebab probability macam-macam boleh jadi. Mana tahu dah ada orang duk hafal nama kita dah untuk praktis akad nikah nanti..hahhaha, Just joking ok ! Tapi pendek kata, benda macam ni tak payah la nak official ke serius, semua tu hak masing-masing sebenarnya. Bukannya giler publisiti ke hot. Tolonglah stop untuk negative thinking, tambah lagi siap post nama betul orang tu kononnya nak bagitau kat orang lain si polan ni nama apa. Motifnya apa la tu, kita pun tak tahu. So, have fun with your own account as well as you happy ! :)




btw: Jangan nak jaga tepi kain orang sangat nantikan kain sendiri yang koyak...hee~
_ada sesape nak kongsi pendapat, jom !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta