Thursday, 25 December 2014

Kebosanan

Olla *_*



Susahlah nak update blog kat bilik internet tak dapat. Ni terpaksa update kat ofis, tapi tak best jugak mata2 memandang. Orang nak menaip dengan aman dan selesa tapi tu la bila ada yang tertengok mood jadi hilang. Maklumlah blog ni kan ibarat diari hati, semuanya nak luah kat sini. 

memandangkan tak jadi nak balik rumah, memang kebosanan tahap melampau la. Nak layan movie sampai lebam pon tak boleh sebab dah kehabisan stok movie. Dasyat dan sadis sungguh rasa hidup. Kawan2 pulak semua menghilang. Biasanya kalau dorang dah bosan dan tak da sesapa mulalah datang cari dan mengajak ke situ kesini. Alkisahnya aku camtu la, orang nak datang cari, dah ada peneman lain tinggallah aku sensorang. Its ok, itulah namanya kehidupan. Aku pun tak nak bergantung dengan orang dah, sebab tu aku tabahkan jua kat bilik mengelamun sebab tak tahu nak buat apa.

Nak balik rumah ambik keta pun tak jadi, tak tahulah bila kereta tu nak datang sini. At least ada kenderaan senang sikit nak bergerak kan, even sensorang. Apapun memang hidup kena berdikari, nasiblah dah ini je jalan yang aku ada. Hidup di kampus dan kampus, belum berpeluang untuk hidup di suasana kerja. Ermm, btw aku harap family kat sana tak susah hati dan terus tabah dalam situasi banjir sekarang. Alhamdulillah rumah masih selamat untuk didiami, dan cukuplah untuk jiran2 datang menumpang tidur tu. Hopefully keadaan akan bertambah surut selepas ni. Ini sume ujian dari Allah, kita kena terus berdoa memohon bantuan daripadaNYA. Biarpun hati ni pilu dan sedih, hanya doa je mampu kukirimkan dari jauh. 






Btw: Nobody..nobody... Perut lapar, yukk balik bilik jap lagi singgah kafe cari apa yang patut untuk diisi. Chow dulu !~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 7 December 2014

Sepi

Olla ^-^

Semua tengah kusyuk layan bola malam ni, the only me je kot yang mengadap lappy. Haha, nak buat macam mana dah namanya duduk hostel konfem la takde tv kat bilik. Tapi kat kafe ada, cumanya of course dipenuhi dengan kaum adam :)

Sepi sungguh malam ni sampai sempat main game jap, game farm heroes saga, Dah lama tak main kot. Sambil main sambil dengar lagu aman. Nak habag mai, lagu ni best sangat. Sedap didengar la, berkisarkan ibu. Hoho...without you..........aku hilang keliru

Mengadap laptop, buka note image processing tetapi cam malas nak baca. Penyakit malas malam ni, malas nak buat pape. Nak termenung sambil dengar lagu. Maybe. Ooopsss...Puas hati sebab weekend kali ni berjaya berkurung kat bilik, tak keluar window shopping pon. Berehat sepuas-puasnya kat bilik, buat kerja rumah. Haha, basuh baju jemur baju lipat baju..segalanya lah...basuh manual hokeh, so basuh sikit2 la..

Tapi kan korang, jauh kat sudut hati rasa sepi dan sunyi. Sebab lonely. Pergi kafe pon sensorang, sabar jela. tahun depan lagilah sorang2 setiap masa sebab semua nya nak kawen awal tahun. Whatever it is, I'm strong enough. Lalui dengan tabah and independent. Semua ni saje nak menguji aku. Kenapa cakap macam tu? Sebab nak bagi aku rasa kesunyian dan bosan, lepas tu syaitan datang bisik, pergilah cari pakwe sorang. Oh my God! Kannnn, tetibe terlintas suruh couple bagai. betul ke? tepuk dada tanya selera. Aku rasa macam tu, sebab dulu bole buka hati kat arwah kasi peluang sebab kawan2 semua busy dengan pakwe la. Sekarang aku tak nak pakwe dah, aku nak cari suami. Hikhik :)


Terlebih suda, oopss........stop here ! tata ~


btw: Fokus career dulu, belajar bagi habis,.Serahkan jodoh pada Allah. AMIN

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta