Thursday, 12 December 2013

Harapan Kian Pergi...

Olla :(



Tibanya hari ini, aku sudah semakin lumpuh..semangatku sudah layu dan terbang bersama harapan aku sebelum ini. Sudah ku cuba menggapai bintang di langit, tapi apakan daya ia semakin menjauh. Aku cuba dan terus mencuba sehingga aku jatuh tersungkur. 

Ku lihat sekelilingku, keadaan makin mendesak. Ku lihat lagi sekelilingku, aku masih belum berupaya. Ku lihat sekelilingku, kenapa aku bernasib malang. Ku cuba merenung, apakah masih ada sirna lagi untuk aku. 
Orang bilang kalau tidak berusaha, mana mungkin dapat hasilnya. 
Tapi aku, sudah cuba berusaha tapi belum membuahkan hasil. 

Kenapa kuat nya ujian yang dikenakan pada aku. 
Sebaknya hati, seakan tidak mampu lagi untuk menanggung. 
Sebaknya hati, seakan membebankan. 
Setiap hari bagaikan hujan untukku. 
Hari yang cerah belum kian muncul. 

Tak tertahan mata ini, untuk menyeka titisan hujan kian membanjiri. 
Ku cuba sapu dan menahan, tapi kaca2 jernih makin laju jatuh berderai. 
Ya Allah, di manakah haluan tuju untuk aku. 
Apakah penyudahan cerita kisah hidupku :'(






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 25 November 2013

Unlucky

olla :(

Hai korang,

I'm so shy with myself. Rite now rasa useless ! Belajar tinggi pun entah ke mana, tunggang langgang...still menganggur and anggur pun tak nak berbuah. Kenapa? Ya memang adakalanya aku berfikiran negatif. Dah rasa tekanan perasaan tahap ke berapa, menanti dan terus menanti. Tapi belum ada jawapannya.

Macam tipu je kalau korang sentiasa positif thinking kan. Yeah, i admit aku memang teruk. Kadang2 aku rasa ini semua tidak adil. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, kenapa dan mengapa? Tapi aku tak punya jawapan untuk ini semua, hanya Allah yang mengatur segalanya. Aku dah berusaha, tapi doa ku masih belum terjawab. Aku tak tahu bila masanya, tapi aku betul2 terdesak. Saat ini aku rasa tak guna, anak yang tak boleh nak ringankan beban keluarga. 

Macam berat di hati untuk ceritakan, tapi biarlah aku sendiri yang merasa. Aku bukannya nak meminta belas kasihan, tapi aku memang perlukan wang. Family ku bukanlah sentiasa senang dengan wang ringgit. Siapa kata perniagaan akan selalu maju. Kadang kala ada masa naik dan turun. Cukup aku katakan itu sahaja. Apa yang penting, aku nak jadi anak yang tidak menjadi beban. Aku masih berharap akan ada harapan dan insan yang sudi terima aku bekerja. Aku tak sanggup nak mendengar, melihat dan merasa kesusahan mencari duit demi kami semua..biarlah aku menggalas tanggungjawab ini. :(



btw : Demi Allah aku teringin jadi anak yang mengenang jasa. Ingin ku kurangkan beban mereka. Bilalah agaknya aku dapat melihat mereka tersenyum bersenang lenang tanpa masalah :'(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta