Monday 25 November 2013

Unlucky

olla :(

Hai korang,

I'm so shy with myself. Rite now rasa useless ! Belajar tinggi pun entah ke mana, tunggang langgang...still menganggur and anggur pun tak nak berbuah. Kenapa? Ya memang adakalanya aku berfikiran negatif. Dah rasa tekanan perasaan tahap ke berapa, menanti dan terus menanti. Tapi belum ada jawapannya.

Macam tipu je kalau korang sentiasa positif thinking kan. Yeah, i admit aku memang teruk. Kadang2 aku rasa ini semua tidak adil. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, kenapa dan mengapa? Tapi aku tak punya jawapan untuk ini semua, hanya Allah yang mengatur segalanya. Aku dah berusaha, tapi doa ku masih belum terjawab. Aku tak tahu bila masanya, tapi aku betul2 terdesak. Saat ini aku rasa tak guna, anak yang tak boleh nak ringankan beban keluarga. 

Macam berat di hati untuk ceritakan, tapi biarlah aku sendiri yang merasa. Aku bukannya nak meminta belas kasihan, tapi aku memang perlukan wang. Family ku bukanlah sentiasa senang dengan wang ringgit. Siapa kata perniagaan akan selalu maju. Kadang kala ada masa naik dan turun. Cukup aku katakan itu sahaja. Apa yang penting, aku nak jadi anak yang tidak menjadi beban. Aku masih berharap akan ada harapan dan insan yang sudi terima aku bekerja. Aku tak sanggup nak mendengar, melihat dan merasa kesusahan mencari duit demi kami semua..biarlah aku menggalas tanggungjawab ini. :(



btw : Demi Allah aku teringin jadi anak yang mengenang jasa. Ingin ku kurangkan beban mereka. Bilalah agaknya aku dapat melihat mereka tersenyum bersenang lenang tanpa masalah :'(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta